Tahniah! Keputusan Pemilihan Karya ke Narita, Jepun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada 24hb Ogos 2014 yang lalu, ACCS telah menganjurkan satu bengkel khas persiapan untuk menyertai Pameran International Exchange Exhibition of Children’s Art, Narita, Jepun 2014

ACCS telah menerima sebanyak 25 karya dan telah memilih sejumlah 10 karya terbaik yang dipilih bakal mewakili ACCS ke Narita.

Penghakiman dibuat pada 29 Ogos 2014 dan karya-karya dinilai dari segi tema, stail, kekemasan dan kreativiti.

Berikut adalah karya-karya yang terpilih :

Alkahf Ilham Fadhli 7
Alkahf bin Ilham Fadhli, 7 yrs old, mixed media

 

 

Fayha Zafira Mohd Fairuz 6
Fayha Zafira Mohd Fairuz , 6, watercolour

 

 

Farzana Zahra Mohd Fairuz 8
Farzana Zahra Mohd Fairuz , 8, watercolour

 

 

Nur Jasmine Ilham Fadhli 9
Nur Jasmine Ilham Fadhli, 9, mixed media

 

 

amna syurfa ahmad rizal
Amna Syurfa Ahmad Rizal, watercolour & magic pen

 

Hushi Medina Hushinaidi,  6
Hushi Medina Hushinaidi, 6 years old, watercolour & crayon

 

 

Hushi Ameen Hushinaidi 11
Hushi Ameen Hushinaidi, 11 years old, pencil colour

 

 

Azim
Azim Mirza b. Ahmad Rizal, 6 years old, watercolour & magic pen

 

 

Athirah Amani bt Ariff Affendi 12
Athirah Amani bt Ariff Affendi, 12 yrs old crayon & watercolour

 

 

Amir Aiman Ariff Affendi 10
Amir Aiman Ariff Affendi, 10 mixed media

Bagi adik-adik yang dipilih, TAHNIAH cikgu ucapkan tetapi bagi adik-adik yang tidak terpilih, teruskan usaha anda! Ada banyak lagi program yang bakal menyusul di ACCS. Sertai ACCS dan timba ilmu bersama kami 🙂

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di 014 633 5098 @ email : azlizaccs@gmail.com

Ikhlas,

Azliza Ayob

Pengasas/Artis

 

 

 

 

 

JEMPUTAN MENYERTAI PAMERAN : International Exchange Exhibition of Children’s Art, Narita, Jepun

contoh karya kanak-kanak yang telah dipamerkan di pameran sebelum ini

Salam Sejahtera Ibu bapa & anak-anak,

Adik-adik yang baru lepas balik kampung tentu masih terkenang-kenangkan keindahannya bukan? Mahukah adik-adik berkongsi suasana kemeriahan di Malaysia dengan kanak-kanak di Jepun dan sekaligus mewakili Malaysia dalam pameran peringkat antarabangsa?

Balai Seni Visual Negara dengan kerjasama ACCS mempelawa kanak-kanak berusia 6-15 tahun untuk menyertai Pameran International Exchange Exhibition of Children’s Art yang akan diadakan di Narita, Jepun.

Tarikh : 25 Oktober sehingga 3 November 2014
Tempat : Dewan Kuliah, Narita-san Shishoji Temple, Narita, Jepun
Tema : “ HOMETOWN” (kampungku)
Media : watercolour, poster colour, oil pastel, wood cut
dsbg (yang mudah kering)
Saiz : tidak melebihi 39.2cm x 54.2cm

Untuk maklumat lanjut sila layari :
http://www.city.narita.chiba.jp/DAT/000106835.pdf (utk borang & syarat)
http://www.city.narita.chiba.jp/sisei/sosiki/shogaku/std0066.html (boleh tengok contoh karya)

MAKLUMAT PENTING :

    • Sila hantarkan kepada ACCS pada/sebelum 28 Ogos 2014. Gunakan POS EKSPRESS untuk keselamatan karya. Kos mengepos dan keselamatan karya atas tanggungjawab peserta. Karya yang tidak terpilih akan dipulangkan atas permintaan.

      POS EKSPRESS
      Isikan butir-butir peribadi dengan lengkap. Jangan lupa simpan nombor siri (sticker kuning) untuk ‘tracking’ sampul anak-anak ya 🙂
  1. ACCS menyediakan ruang dan bahan melukis secara percuma jika karya dibuat di ACCS. Hanya perlu telefon dan ACCS akan membantu anak-anak yang berminat untuk menyertai.
  2. Alamat ACCS : 13-2, Jalan Putra Permai 1A, Taman Equine, 43300, Seri Kembangan, Selangor.
  3. Jika karya anak-anak terpilih, kos penghantaran karya ke Jepun ditanggung oleh Balai Seni Visual Negara.

PAMERAN INI HANYA BOLEH DISERTAI MELALUI SEKOLAH ANGKAT BALAI SENI VISUAL NEGARA (BSVN) SAHAJA. ACCS merupakan salah sebuah daripada SEKOLAH ANGKAT BSVN.


Sebarang pertanyaan/appointment sila pm @ email saya : azlizaccs@gmail.com)/ 014-633 5098. Selamat berkarya!

WAJAH BARU A.C.C.S Taman Equine

Salam Sejahtera,

 

Saya ingin berkongsi beberapa gambar suasana di ACCS sebelum dan selepas pengubahsuaian.

SEBELUM

ACCS
Premis sebelum ini adalah sebuah pusat tuisyen yang berkeadaan baik. Beberapa lampu dan kipas perlu diperbaiki dan menukar warna dinding asal (kuning cair) kepada putih

 

SELEPAS :

ACCS interior
Dinding dan lantai dicat putih agar kreativiti dan idea tidak terbatas – seolah-olah kanvas baru yang besar 🙂

 

Semua pengubahsuaian dilakukan sendiri dengan bantuan suami dan rakan baik.

ACCS mengamalkan konsep kitar semula termasuk perabot dan bahan-bahan karya. Antaranya membuat upholstery baru, langsir, kusyen, rak almari untuk mengeringkan karya dan alatan lukisan (berus & cat).

ACCS revamp old furniture!
Kerusi dan meja asal berwarna coklat tua bertukar konsep. banyak lagi barang-barang yang belum disusun ketika ini 🙂

Kelas dilengkapi dengan peralatan asas seperti kipas, lampu, meja & kerusi, tandas dan bahan-bahan bacaan yang meliputi pelbagai topik berkenaan seni halus & seni kreatif.

Untuk pertanyaan sila hubungi Puan Azliza Ayob (014 633 5098). Lawatan atas temujanji.

ACCS is Open!

bsvn

ACCS amat berbangga dapat berkerjasama dengan Balai Seni Visual Negara dalam peraduan ACCS CREATIVE CONTEST. Tujuan peraduan ini diadakan untuk menanam minat anak-anak berfikir secara kreatif selain berpeluang menyuntik semangat dalam bidang seni.

Dapatkan Borang Penyertaan di sini dan hantar sebelum 14 Jun 2014. Hadiah berupa barangan lukisan bernilai RM 100 dan 2 sessi kreatif percuma bernilai RM 100. Para pemenang akan diumumkan pada 28 JUN 2014 di facebook, website dan blog.

 

laila melati
Antara karya menarik peserta ACCS CREATIVE CONTEST 2014

ACCS is opening soon!

Dear children, parents and art enthusiasts,

Azliza’s Children Creative Space is opening soon. A special place for children to think creatively through visual arts, performance and community projects. ACCS is currently organizing ACCS CREATIVE CONTEST for children aged 5-12 years old. Simply click below  for Contest Form and submit to us by 31st MAY 2014.

ACCS brochure1

laila melati

Here is our earliest submission from Adik Laila Melati, 6 years old.

ACCS is working closely with National Visual Arts Gallery as a satellite space to share knowledge and information with wider audiences especially children staying nearby Taman Equine, Seri Kembangan, Serdang, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Kajang and Bangi. NVAG will be sponsoring ACCS CREATIVE CONTEST too.

bsvn