JEMPUTAN MENYERTAI PAMERAN : International Exchange Exhibition of Children’s Art, Narita, Jepun

contoh karya kanak-kanak yang telah dipamerkan di pameran sebelum ini

Salam Sejahtera Ibu bapa & anak-anak,

Adik-adik yang baru lepas balik kampung tentu masih terkenang-kenangkan keindahannya bukan? Mahukah adik-adik berkongsi suasana kemeriahan di Malaysia dengan kanak-kanak di Jepun dan sekaligus mewakili Malaysia dalam pameran peringkat antarabangsa?

Balai Seni Visual Negara dengan kerjasama ACCS mempelawa kanak-kanak berusia 6-15 tahun untuk menyertai Pameran International Exchange Exhibition of Children’s Art yang akan diadakan di Narita, Jepun.

Tarikh : 25 Oktober sehingga 3 November 2014
Tempat : Dewan Kuliah, Narita-san Shishoji Temple, Narita, Jepun
Tema : “ HOMETOWN” (kampungku)
Media : watercolour, poster colour, oil pastel, wood cut
dsbg (yang mudah kering)
Saiz : tidak melebihi 39.2cm x 54.2cm

Untuk maklumat lanjut sila layari :
http://www.city.narita.chiba.jp/DAT/000106835.pdf (utk borang & syarat)
http://www.city.narita.chiba.jp/sisei/sosiki/shogaku/std0066.html (boleh tengok contoh karya)

MAKLUMAT PENTING :

    • Sila hantarkan kepada ACCS pada/sebelum 28 Ogos 2014. Gunakan POS EKSPRESS untuk keselamatan karya. Kos mengepos dan keselamatan karya atas tanggungjawab peserta. Karya yang tidak terpilih akan dipulangkan atas permintaan.

      POS EKSPRESS
      Isikan butir-butir peribadi dengan lengkap. Jangan lupa simpan nombor siri (sticker kuning) untuk ‘tracking’ sampul anak-anak ya 🙂
  1. ACCS menyediakan ruang dan bahan melukis secara percuma jika karya dibuat di ACCS. Hanya perlu telefon dan ACCS akan membantu anak-anak yang berminat untuk menyertai.
  2. Alamat ACCS : 13-2, Jalan Putra Permai 1A, Taman Equine, 43300, Seri Kembangan, Selangor.
  3. Jika karya anak-anak terpilih, kos penghantaran karya ke Jepun ditanggung oleh Balai Seni Visual Negara.

PAMERAN INI HANYA BOLEH DISERTAI MELALUI SEKOLAH ANGKAT BALAI SENI VISUAL NEGARA (BSVN) SAHAJA. ACCS merupakan salah sebuah daripada SEKOLAH ANGKAT BSVN.


Sebarang pertanyaan/appointment sila pm @ email saya : azlizaccs@gmail.com)/ 014-633 5098. Selamat berkarya!